Buffet Ramadhan Di Grand Oasis Event Hall

Sedar tak sedar, dah hampir tiba seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan dimana umat Islam akan berlumba-lumba untuk menunaikan ibadah pada bulan yang mulia ini.
Selain daripada berlumba-lumba menunaikan ibadat pada Ramadhan ini, tidak ketinggalan juga kemeriahan Buffet Ramadhan yang memang menjadi alternatif untuk umat Islam berbuka bersama ahli keluarga dan sahabat selain daripada berbuka di rumah, kedai makan dan membeli juadah di bazar Ramadhan. Ramai juga ahli perniagaan yang menggunakan peluang Buffet Ramadhan ini untuk bersedekah menjamu anak-anak yatim.

Buffet Ramadhan 2022 Kembara Selera Memikat Jiwa Di Grand Oasis, Seri Kembangan


Buat julung kalinya, Grand Oasis Event Hall yang terletak di Seri Kembangan ini memang tidak ketinggalan untuk mengadakan Buffet Ramadhan yang pasti membuatkan pengunjung teruja dengan aneka hidangan yang disediakan disini. Memang banyak pilihan hidangan makanan yang boleh dicuba disini untuk berbuka puasa. Kalau pergi sekali je memang tak puas nak rasa semuanya.

Majlis preview buffet ramadhan kali ini dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2022.

Untuk pengetahuan anda juga, terdapat lebih kurang 88 menu akan disediakan di buffet Ramadan di Grand Oasis Event Hall sepanjang Ramadan ini. Pelbagai menu buffet Ramadhan yang bakal menjadi tarikan utama pengunjung yang datang berbuka puasa di Grand Oasis Event Hall nanti.

Antara kemudahan lain yang disediakan ialah:
• Parking percuma
• Surau
• Tandas
• Lokasi yang cantik dan berhawa dingin
• Persembahan ghazal

Harga Buffet Ramadhan 2022 Grand Oasis Event Hall


Early Bird Promotion (Pembelian awal sehingga 1 APRIL 2022)
RM88 Dewasa
RM48 Kanak-kanak dan warga emas

Harga Normal
RM98 Dewasa
RM58 Kanak-kanak / warga emas

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *